DAT1A Pengajian Malaysia
Assalamualaikum, kumpulan kami telah diberi tugasan dalam membincangkan tentang tokoh tokoh pejuang di sabah.Ahli kami terdiri daripada 4 orang dimana ahlinya terdiri daripada Binorisah,Hellen,Umran dan ARIF.
TOKOH TOKOH PEJUANG SABAH
Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.
Menghayati pejuang tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.
Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan
menentang penjajah seperti Datu Tating yang menyerang Syarikat Hindia Timur
Inggeris pada tahun 1775 di Pulau Balambangan. Beliau dengan berani menyerang
British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan
Iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di
Sabah, dan juga selepas peristiwa Pulau Balambangan, Raja Ismail dan Raja Tebuk
turut membantu Sultan Mahmud menyerang Belanda di Tajung Pinang, Riau Johor
pada tahun 1778, selepas itu Raja Tebuk (Raja Lanoon) turut membantu Sultan
Abdullah menyerang Francis Light di Seberang Perai pada tahun 1791. Manakala
Sharif Uthman menentang Inggeris di Teluk Marudu sekitar tahun 1830an, dan
penentangan ini diakhiri oleh Sharif Ali di Pandasan dan Ontoros anak lelaki
Antanum di Tenom pada tahun 1915.
Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut. keuntungan sepenuhnya. Penjajahan secara rasmi pada tahun 1881 merupakan tindakan tegas oleh pihak penjajah agar segala aktiviti ekonomi Sabah dapat dijana semaksimanya. SBUB di bawah pimpinan Alfred Den dengan Varon Overback merupakan dua tokoh penting penjajah yang memajak Sabah daripada kesultanan Sulu. Pemajakan secara rasmi telah berlaku pada tahun 1881, dan sebelum itu penentangan orang tempatan terhadap penjajah yang bermula sekitar 1775 dalam tempoh 106 tahun barulah hasrat serta cita-cita pihak kolonial berjaya mendapatkan Sabah sepenuhny.
Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk
Marudu terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan penentangan terbesar
di Sabah. Beliau bersama pengikutnya seramai lebih kurang 2,000 orang yang
terdiri daripaada orang Bajau dan Iranun telah mencabar SHTI di perairan Teluk
Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah. Walau
pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah
meletakkan pihak penjajah dalam keadaan tertekan. Sharif Uthman telah terkorban
dalam peperangan ini dan kubu mereka musnah akibat serangan bertalu-talu dengan
kekuatan pihak penjajah serta kelengkapan yang mengatasi peralatan perang
Sharif Uthman.
Setelah itu, pihak penjajah terus menerima tentangan hebat
dari para pejuang seterusnya seperti Paduka Mat Salleh sekitar tahun 1897
hingga 1900. Tentangan yang dibuat oleh Paduka Mat Salleh memakan masa lebih
kurang 3 tahun dan serangan demi serangan dilakukan terhadap kedudukan SBUB
yang berpusat di Inanam, Api-Api, Pulau Gaya, Sandakan dan Ambong. SBUB juga
terpaksa menghadapi tentangan berterusan daripada para pengikut Mat Salleh
iaitu Mat Sator dan Datu Mamuda yang menyerang Kudat pada April 1900, serta
Kamunta yang menyerang Tempasuk dan Menggatal
pada Mei 1900.
Selepas tahun 1915, SBUB berasa selesa apabila penentangan
secara fizikal terhenti sehinggalah Jepun menduduki Sabah sekitar tahun 1942.
Namun begitu muncul juga beberapa persatuan yang aktif dan memberi kesedaran
kepada masyarakat seperti Persatuan Melayu Tawau (PMT) yang berasaskan kepada
gerakan politik Islam, lahir Cawangan Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena
Malaya (PASPAM) pada tahun 1939 di Jesselton, Tawau serta Labuan dan juga
kemunculan Persatuan Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1939 di Jesselton.
Gerakan ini dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan dan mereka ini telah
mendapat pendedahan daripada para pejuang di Semenanjung Tanah Melayu serta
Indonesia.
Kesedaran semakin memuncuk apabila Jepun menyerang segala
kedudukan penjajah di Asia Tenggara pada tahun 1941. Walaupun Jepun hadir
dengan sikap tegas serta dianggap zalim, namun semangat ‘Asia untuk Asia’ telah
membantu memberi kesedaran kepada golongan berpendidikan. Kesannya selepas
Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pertubuhan sebelum Jepun
telah bergerak semula dan juga muncul beberapa persatuan dan pertubuhan baru
yang bertindak sebagai badan pendesak agar kemerdekaan diberikan kepada Sabah.
Antara pertubuhan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PMKL) ditubuhkan
pada Ogos 1946, UNKO, Ogos 1961, PASOK, Parti Demokrat, BUNAP, KONGRES, Oktober
1961 dan USNO, 24 Disember 1961.
Parti-parti politik ini telah melancarkan gerakan secara
bersepadu untuk menuntut kemerdekaan Sabah, di mana USNO diketuai oleh Datu
Mustapha Datu Harun, UNKO dipimpin oleh Donald Stephen, PASOK diterajui oleh G.
Sundang dan beberapa pertubuhan lain mendesak supaya Sabah dibebaskan
sepenuhnya dari cengkaman penjajahan. Semua persatuan ini mempunyai matlamat
yang sama untuk menuntut kemerdekaan walau pun bergerak dalam persatuan
masing-masing. Oleh kerana tekanan yang kuat, maka pihak kerajaan British
menimbang tuntutan ini dan bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan
akhirnya Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Menurut beberapa sumber, kemerdekaan Sabah juga ini
dipercepatkan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan satu kerjasama ekonomi dan politik serantau bagi
mengekang pengaruh komunis dan antara yang terlibat ialah Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Cadangan ini telah dikemukakan
padda 27 Mei 1961 semasa persidangan Persatuan Wartawan di Hotel Adelphi
Singapura. Selepas itu ditubuhakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
pada 21 Julai 1961 dan diketuai oleh Donald Stephen.
Setelah kemerdekaan dicapai, maka pungutan suara yang
dipantau oleh PBB di Sabah, Sarawak dan Singapura mendapati majority rakyat
menyokong penubuhan Malaysia dan tarikh 16 Septembar 1963 adalah hari
pembentukan Malaysia, di mana Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu
bergabung menjadi satu negara. Maka diisytiharkan bahawa Hari Kemerdekaan
Malaysia akan disambut setiap 31 Ogos, walau pun Hari Malaysia atau tarikh
pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963, sebagai tanda kerjasama,
perpaduan, kekuatan dan perkongsian kuasa dan wilayah. Sabah dan Sarawak diberi
keistimewaan dengan 20 perkara yang melindungi hak-hak rakyat Sabah yang lambat
merdeka 6 tahun berbanding Semenanjung Tanah Melayu.
Kini 50 tahun sudah berlalu Sabah merdeka dalam usia
setengah abad lamanya. Rakyat yang terlibat mengundi dalam pilihan raya pertama
Sabah mungkin masih ada yang hidup lagi, begitu juga generasi yang lahir
sebelum merdeka masih menghirup udara segar kemerdekaan ini. Namun udara
kemederkaan ini amat berbeza sekali diawal Sabah merdeka. Generasi yang lahir
dalam zaman merdeka ini adalah generasi dominan, mereka mentafsir kemerdekaan
jauh bezanya dengan tafsiran generasi sebelum mereka.
Generasi awal menuntut kemerdekaan untuk kebebasan secara
fizikal dari kuasa penjajah tanpa memikirkan kebebasan jiwa merdeka.
Kemerdekaan menyeluruh cuba diterapkan dan dilaksanakan, namun kebebasan
sepenuhnya sukar untuk dicapai. Agenda utama untuk membangunkan Sabah Merdeka
tertumpu kepada fizikal mengindahkan bandar-bandar utama tetapi terabainya
keperluan asas rakyat luar bandar. Masa 50 tahun adalah tempwalaupun oh yang
panjang bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi rakyat yang sudah merdeka.
Memacu ekonomi dalam konteks merdeka, rakyat masih
ketinggalan dan pencapaian serta penguasaan ekonomi sekitar 22% sahaja.
Kelesuan mengangkat ekonomi bumiputra merupakan agenda ‘Lebai Pak Malang’ yang
penuh dengan mimpi dan angan-angan. Mendidik rakyat sebagai usahawan ulung dan
unggul tidak menjadi misi utama, bahkan rakyat diajar menjadi pengemis ekonomi
dengan teori ‘Jutawan Segera’. Keadaan
ini berlaku kerana cara berfikir yang masih terikat terhadap legasi penjajah
secara berterusan penjajah sudah meninggalkan bumi Sabah ini 50 tahun yang
lalu.
Antara Latar belakang pejuang-pejuang di SABAH
GAMBAR Mat Salleh
MAT SALLEH
Mat
Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah
yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan
Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan
atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah
kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya,
Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil
daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu
Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.
Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada
keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung
Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang
kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin
orang-orang Sabah menentang Inggeris.Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat
serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan
Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang
bangsa.Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung
di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh
adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai
Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu
menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai
Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik
perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia
Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.
Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan
membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya.
Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen
Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh
di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang
mengetuai serangan tersebut.
Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu
Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya
mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan
kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar
ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat
ditembusi peluru.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong
atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan
senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan
jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota
Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa
Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah
ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900.
Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan
selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan
seorang pahlawan.
DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH
Sedikit sebanyak mengenai beliau:-
+ beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan
kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu.
+ Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan
sulu.
+ Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang
ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
+ Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup
rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi
untuk membina benteng dan gudang.
+ Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata
dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan
John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya.
+ Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran
gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
+ Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan
bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang
mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
+ Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang
British di Pulau Balambangan.
+ Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya
mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.
+ Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di
beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.
Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh
pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah
pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau
adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.
RAJA ISMAIL
Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun
1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja
Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih
berdasarka kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Ada
beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan
muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana peranan
ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai
ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya.
Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti
Owen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai
kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukan
Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak
sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.
Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh
anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa
pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut
sumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai
Tuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa
Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa
itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.Antara
peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan
Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun
1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu
telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan
permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan
ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud
Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan
dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk
memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir
Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan
Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang
berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumber
tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang
boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu
ratus lima puluh orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa
yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapal
dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih
dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera
Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak
menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.Apabila Raja
Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat
berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun
pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam
serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera
Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga
turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak
lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya
anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.
Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud
sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini
dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam
memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan
Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan
Mahmud. Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk
tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkan
Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk
diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan
memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di
Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat
yang memasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki
merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak
musuh. Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah
melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan
Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini
telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba
menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura
(1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa
serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan
dua buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan
banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). Akibatnya pulau
Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak
selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang
Barat. Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara
yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun
juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja
Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000
orang (Warren, 2002:160).Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk
ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara
pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman
Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di Tanjung
Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yang
memasuki perairan Nusantara.
Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
(i) Latar belakang
- nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut di Rundum
- dilahirkan tahun 1875
- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut
menentang SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dolar setiap orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25
sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat
telegraf antara Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di
sebelah menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan
diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka
pencerobohan akan mengganggu roh nenek morang mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus
maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar
bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut
menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan
pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang
mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang
kubu Antanom
- pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan
Rundum
- penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’
(iv)Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang
kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi
mengelakkan kebangkitan seterusnya
- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai
tanda protes terhadap SBUB
gambar filem yang
merujuk kepada pewatakan Shariff Usman
Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan
British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua
Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai
ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.Shariff Usman juga
adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani
menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah
Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu
kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak.
Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila
dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya".
Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.James Brooke sewaktu berperang dengan
Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang
Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan
sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding
istananya.James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik
ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang
didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan
Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama
menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.Shariff
Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada
pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam
yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan
British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff )
dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya
akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu.
Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu
oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan
perempuan terpacak di Kubu Marudu.
Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan
siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah
Dayang Cahaya ?
Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang
akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman,
Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang
penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada seorang
hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU ) telah
dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada Sultan
MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.
Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama
menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak
jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi
musuh utama Sandokan.Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan
anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan
Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.Persoalannya?, kenapa latar
cerita kedua-duanya adalah merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang
sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa,
latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan
adalah merujuk kepada watak Shariff Usman Marudu.Justeru itu, kalau orang
Eropah mendewa-dewakan dan mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan
dan tidak mendaulatkan perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap
lanun sehingga waris keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.Ramai waris
Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di Kudat, di Kinabatangan dan di serata
negeri Sabah seakan melupakan perjuangan moyang mereka. Ada juga pihak di
negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui
bahwa watak dan nama Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada. Sandokan
dipercayai berasal dari Marudu dan berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya
novel ini memasukkan nama Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan
yang menjadi Pusat Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.
PANGLIMA ALLI
Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani
berbangsa Bajau subetnik Ubian dari Pulau Sulug, Jesselton yang turut terbunuh
dalam tragedi hitam itu.
Panglima Alli dilahirkan pada 1884 adalah anak ketiga
daripada 12 beradik serta dianugerahkan gelaran Panglima oleh Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British (SBBUB) kerana keberanian beliau menentang Kempeitai
(perisik tentera Jepun)PANGLIMA Alli berjuang menentang penjajah untuk
memartabat maruah bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya
tidak didendang seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom dan Tun Datu
Mustapha Datu Harun.Kebakaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton (kini Kota
Kinabalu) pada 9 Oktober 1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun terhadap
pemimpin masyarakat Pulau Sulug itu dengan mendakwa ia angkara tokoh terbabit
dan pengikutnya.Panglima Alli adalah seorang daripada 324 rakyat tempatan Sabah
yang dibunuh secara kejam oleh Jepun di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari
1944 dan pengorbanan mereka diabadikan melalui Tugu Peringatan Petagas.Tentera
Jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau
subetnik Ubian itu kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat
penting ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.Tuduhan tanpa bukti itu
berikutan tentangan berterusan Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam
Abbas Sani dan pengikutnya terhadap Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau
Gaya di perairan Jesselton, selain di bandar itu.Panglima Alli dan pengikutnya
tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulug menjadi korban kekejaman
Jepun menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempeitei
(perisik tentera Jepun) akan bertindak balas.Tokoh itu bersama dua orang
kanannya dikenali Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca
kelemahan senjata iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api
jenis mesingan.Panglima Alli dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Petagas
bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang terbabit dalam
pemberontakan 10 Oktober 1943 atau `Double Ten' di Pantai Barat, Borneo Utara
(kini Sabah).
Gambar Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima
Datu Mustapha Datu
Harun
Mustapha bin harun
Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran
Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran
Zaman penjajahan
Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja
sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara,
E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di
Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak
Negeri dan Pemungut Cukai Candu.
Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas
Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah
bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran
wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert
Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi
beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak.
Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak
sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran
dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa
pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.
Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal
layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji
Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina.
Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah
bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung(
senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua
tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang
dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika
Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi
menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya
telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya
( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau
Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran
Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa
yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka tidak tahu. (sumber
lisan adik bongsu Tun). Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan
diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau
dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya
oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama
tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas.
Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa
dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah
memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk
melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau
berpesan agar membela kematiannya nanti.
Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut
di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan
telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya
mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai
hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan
tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam
laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun
namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan
Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk
untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.
Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat
marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai
tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera
gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau
Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan
Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat
ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun
Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan
Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N.
Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan
gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota
Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera
Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang
ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di
kawasan Telaga, Pitas.
Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau
menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya
(OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya
sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk
memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat
gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai
Yang DiPertua Negeri Sabah.
Sekian dari kami...